Hit Counter

Free Counter

Friday, November 20, 2009

Tahniah Dini Dan Asma...




Tahniah diucapkan kepada Dini dan Asma yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2009.
Diharap kejayaan akan terus dikecapi pada masa akan datang.

Dini = 5A
Asma = 4A 1 B

Tuesday, November 10, 2009

Destinasi Bulan Disember 2009


Setelah bermesyuarat, Kelab Toman telah memutuskan destinasi kelab pada tahun ni adalah seperti berikut :

Tempat : Negeri Kedah Dan Perlis
Tarikh : 17/12/2009 hingga 20/12/2009
Tempat penginapan : 17/12/2009 - Rumah Mak Mertua B.ngah
18/12/2009 Dan 18/12/2009 - Vistana Homestay Alor Star.
Aktiviti perjalanan :
17/12/2009 - Bertolak dari rumah masing2 selepas maghrib. Berjumpa di perhentian Dengkil. Solat isyak kat situ. Terus
menuju ke rumah mak mertua B.ngah. Tido di sana.
18/12/2009 - Lepas Sarapan pagi ke Muzium Padi dan Menara Alor Star. Tengahari bertolak ke Pantai Merdeka dan Tanjung dawai. Malam tido kt Vistanah Homestay Alor Star.
19/12/2009 - Gi ke Perlis. Lepas sarapan ke Taman Ular Dan Reptilia, Ladang Anggur, Pasar Wang Kelian, Padang Besar. Malam tido kt Vistanah Homestay Alor Star.
20/12/2009 - Check Out, Lepas sarapan ke Pekan Rabu. Terus bertolak balik ke rumah masing-masing.

Tuesday, November 3, 2009

Mesyuarat Kelab Toman


Salam....

Adalah dimaklumkan mesyuarat khas Kelab Toman akan diadakan pada 7 November 2009 (Sabtu) bertempat di rumah yo selepas Asar. Semua ahli kelab diwajibkan hadir. Penasihat Kelab Toman akan hadir pada mesyuarat tersebut.

Sekian...

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua ahli Kelab Toman Kundur Hulu..
Semoga Aidilfitri tahun ini memberi penuh makna dan kebahagiaan dalam kehidupan di akhirat nanti dan di dunia yang fana ini. Sama-samalah kita memohon maaf kepada semua saudara-saudara kita dan marilah kita sama-sama memaafkan semua orang di dunia ini. Semoga juga kita akan berjumpa dengan Ramadhan tahun hadapan.

p/s : Hati-hati di jalan raya.

Thursday, September 10, 2009

Kelahiran Anas Zakwan B Mohd Yusof


Anas Zakwan Lahir pada malam 17 Ramadhan (Nuzul Quran) bersamaan hari Isnin 7/9/2009 jam 12.57 am di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Berat 4.2kg