Hit Counter

Free Counter

Friday, November 19, 2010

Kenduri Baca Yassin untuk Ijat nak Pekse SPM

Pada malam ini 19/11/2010 diadakan kenduri baca Yassin sempena untuk mendoakan ijat supaya dipermudahkan untuk menjawab exam SPM yang bermulapada 23/11/2010. So, Diminta semua ahli Kelab Toman dapat datang untuk memberi semangat kepada ijat.

Sunday, November 14, 2010

Bila isteri dah tak cantik...


Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.

Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini..

"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Aku) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .

"Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah......."

Monday, November 8, 2010

Selamat Hari Lahir Kepada Puan Bibah bt Puteh

Di kesempatan ini, moderator nak ucapkan selamat hari lahir yang ke-62 tahun. Semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki. Di doakan juga hidup bahagia dan sejahtera seterusnya diberkati Allah..

Saturday, November 6, 2010

Pasangan Sehati Sejiwa...

sapa tu? hehehe.... teka........ Che Yusof ada tangkap gambar pasangan ni.. wush.. cukup romantis ma... makin tua makin romantik..hehehehe..Gambar ni ditangkap sebelum g mah Tok Chu hari tu... teng teng teng.....saksikan......lihatlah aksi-aksi romantik.. sampai terangkat kaki acik dibuek eh... hahahaha


Wednesday, November 3, 2010

Makan-makan di Umbai, Melaka

Jemputan Rasmi ni hanya untuk Ahli Kelab Toman sahaja, So, sapa2 rs dirinyer termasuk dalam ahli kelab toman.. so boleh join. hehehehehe.... Majlis makan-makan ini adalah bertujuan untuk menyambut kelahiran penasihat Kelab Toman iaitu pada 8/11/2010. So, jangan lupe dtg kat Umbai esok mlm lepas maghrib... Jom kito melantak samo2.....hehehehe

Kenduri Rumah Tok Chu

Hari Sabtu 31/10/2010 hari tu kenduri rumah Tok Chu kat Alor Gajah. Group Toman tak lepas peluang lah g setai kenduri tu. Tok Chu tu adik bongsu wan. Kenduri tu kenduri cukur jambul dan kenduri nak poie haji. Anak ngan menantu nyer nak g Haji. Kan sekarng musim org g haji. Group toman yang g ialah Keluarga Yusof, Keluarga b.Long ngan Keluarga Induk Milah. Penasihat Kelab toman of course lah tk lepas peluang. Hanya keluarga b.yo ajo yang tak dtg. memandangkan mlm tu N9 lawan Kelantan final, so tak de maknenyer die nak lepaskan peluang tu. Kebetullan perlawanan tu buat kat stadium Bukit Jalil. Ala, ms perlawanan kat perlis ngan johor hr tu dio poie. Ini kan pula dokek ajo. walaupun harga tiket RM100 sekali pun pasti dio poie inikan pulak RM30 ajo., lagilah berjooh dio poie. Bak kato kak jihan. dh minat dio cmtu. Apa pun N9 kalah plak beb.... tak po cubo tahun dopan.... berbalik pado cito kenduri tadi. Kitorng sampai-sampai jer diorng nak baca yassin.. cukur jambul dh settled.. takpolah asal datang... daptlah "berkat" untuk di bawak balik. Menu Makanan ialah Ayam golek, kambing masak kari,lembu masak kari pastu acar. Siap ado cendol lagi.. best2.. syukur alhamdulillah...lebih kurang kul 1 lobih kitorng pun balik.... keluarga yusof ngan keluarga b.long konvoi poie Tampin. Induk plak poie tgk Mira kat UTEM. kitorng kojap yo poie Tampin coz mak nak boli pengapit tikus.lebih kurang cmni lah rupe perangkap tu...



Boli hari Sabtu tp Rabu baru nak pasang... hehehe... Yolah perangkap tu tinggal dlm kete. Kebetullan plak keluarga yusop ptg tu terus shoot ker sabak bernam coz ahad tu g bercuti ke Pulau Pangkor.... hehehe. Nanti kan cite pasal Pulau Pangkor kat blog Moderator yo... www.myszai.blogspot.com