Hit Counter

Free Counter

Thursday, September 30, 2010

Perihal Cat RUmah

lamanyer tak update blog nie... sibuk memanjang jer.... minggu lepas moderator kene g Hotel Plaza kat KL.. ada bengkel Hrmis sampai hr Khamis.... kat sana takleh internet... cume blh curi2 masa bengkel jer... kat bilik tak blh access internet... tu yang tak berkesempatan update blog. Balik hari Khamis tu plak, tup2 bilik dh berubah wajah... bukan apa penasihat upah orang cat bilik. berseleraklah bilik... nak kono kemaskan... adus penat wo.... tikar getah dalam bilik tu dikeluarkan coz dh tak elok. mcm2 kojolah buek sampailah ke sonjo tu. Penasihat lak domam mlm tu sobab dh beriyo2 komehkan bilik tido yang berselerak... Hanya 1 jer bilik tido yang dh siap cat. yang satu lagi bolum cat..

Sunday, September 26, 2010

Raya Hari ke-16

Raya tak habis lagi.... Raya kali ni lain dr yang lain skit.. Keluarga Moderator buat open house + birthday party untuk Anas Zakwan sempena 1 tahun pada 7/9/2010. meriah sungguh hari sabtu tu. berbagai juadah dibuat esp Satay. Resepi Satay ni oleh Makteh n Pakteh. Boleh bagi kredit kat diorng.. best2.... Kek yang dipilih adalah dr secret recipe : Chocolate Banana. best2....


Menu lain yang dihidangkan : Satay, nasi impit+kuah kacang,nasi lemak,rendang ayam kampung,mihun singapore,buah tembikai.







Ni lah wajah si budak Tembam ni... Anas Zakwan

Saturday, September 25, 2010

Isu Gabung Puasa Sunat & Qadha

Isu Gabung Puasa Sunat & Qadha

Oleh:

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/


Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini :

Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.


Sekian
_________

*Tambahan

* (Mazhab Syafie)

Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qadha.

Imam as-Syafie di dalam kitab muktabarnya al-Umm ketika mensyarahkan bab 'Innamal a'malu binniat (setiap amalan dengan niat) menyebut hendaklah dibezakan ibadah puasa ramadhan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha' dan puasa tatawwu' (sunat).

* Imam Jalaluddin as Syuyuti di dalam kitab al Isybah juga berpendapat demikian hendaklah diasingkan puasa Ramadhan, atau nazar atau puasa sunnat.

* MANAKALA jawapan [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/383] dalam masalah ini seperti berikut:

"Alhamdulillah. Tidak ada salahnya berpuasa Isnin-Khamis untuk mengqadha' puasa Ramadhan yang tertinggal, dengan syarat puasa dilakukan dengan niat mengqadha puasa...... Mudah-mudahan (moga2) anda mendapat 2 ganjaran sekali, ganjaran melakukan Qadha' dan ganjaran melakukan puasa sunat, dan fadhilat yang Allah berikan itu luas. Walaupun jika anda hanya mendapat ganjaran mengqadha' puasa, ia adalah memadai, kerana mengqadha' puasa adalah lebih mustahak dari melakukan puasa sunat. Akan tetapi jika kamu berniat melakukan puasa sunat dan tidak berniat melakukan qadha', maka kamu masih belum lagi memenuhi tuntutan kefarduan. Maka masih lagi wajib melakukan qadha' puasa Ramadhan. Wa Allahu 'alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya.

* AKAN TETAPI,

jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha' yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha'nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran.

[Sharh al-Mumthi' 6/448].

* Berkenaan persoalan tentang mestikah puasa enam Syawwal itu BERTURUT-TURUT SELEPAS HARI RAYA ATAU TIDAK?

Jawapan Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi dalam persoalan ini seperti berikut:

“Tidak semestinya dia berpuasa terus selepas hari raya. Bahkan harus untuk dia memulakan sehari atau beberapa hari selepas hari raya. Samada dia hendak berpuasa bersambungan ataupun berpecah-pecah dalam bulan Syawwal. Ia berdasarkan apa yang mudah baginya. Perkara ini luas (pilihannya)”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth al-‘Ilmiyyah, 10/391).

Wallahualam.

Friday, September 17, 2010

Hari Raya ke-8

Hari Raya ke-8 ni berjalan lagi. Keluarga Toman yang terlibat ialah Keluarga Kak Jihan tanpa byo,Keluarga usop n keluarga banglong. Kitorng g beraya kat Rumah Pakcu Wahab. Dalam kul 8.20 mlm kitorng bertolak dr kundur. pegi 2 keto yo. pudeklah ramai2 dalm keto tu. makanan yang dihidang ialah nugget,keropok terengganu,lemang dan air teh o. sodap. besar tul rumah pakcu wahab. dio baru pindh rumah. so, jenguklah sekali coz tak penah pegi rumah baru nie.

Thursday, September 16, 2010

Raya Hari ke-7


Raya ke- 7 ni adalah cuti umum. Tahun ni baru diishtiharkan cuti umum iaitu Cuti Hari Malaysia. So, semua cuti. Plan Jalan Raya diteruskan lagi ker serting plak. sebanyak 5 buah kereta yang terlibat iaitu Keluarga induk Milah, Keluarga Usop, Keluarga b,yo, Keluarga Pak Tam Salim(bukan ahli kelab), Keluarga cu Makno(bukan ahli kelab). Seawal Kul 9 pagi kitorng dh bertolak dr kundur. Manakala keluarga paktam n keluarga b.yo bertolak dr seremban kul 9.50. so, dh tentulah kitorng sampai dulu rumah Pak ndak. Makan tengahari kat sana. dihidangkan nasi putih+ayam kari+sayur kacang+ikan kembong goreng+ikan masin+sambal udang+tembikai. terangkat habis. memang bestlah. kekenyangan. Pastu bergerak ker rumah che Hasnah. Kat sana makan mee+mihun sup,nasi impit+kuah kacang. ponuh lagi porut. Pastu ke rumah Tok Atit. makan laksa. memang konyang ssampai ke malam lah.. perjalanan balik singgah pokan bahau. borong barang2 skit then terus balik kundur. sampai dlm kul 7 lobih sebolum maghrib. Memang berayo sakan...

Wednesday, September 15, 2010

Raya Hari ke-6

Raya Ke-6 ni hanya keluarga induk Milah n keluarga usop jer yg terlibat. Keluarga lain tu dh kojo... Rumah pertama ialah Rumah Mak Makteh ita di Pantai. Hanya kelaurga usop jer yg pegi coz nak hantar kelapa sebanyak 50 biji. dihidangkan mee goreng, dan nasi impit+kuah kacang_rendang daging cili api. best. Seterusnya Rumah Maktam Zemah. Then Rumah Maklang Ijut. ni Semua makn kuih raya. rumah ke-3 ialah Rumah IMam. Makan Langsat. then Rumah Tok cu di Alor Gajah. pun mkn kuih raya. then g umah kawan acik. yang ni makan roti jala, nasi impit+kuah kacang+rendang. Seterusnya ker Rumah Wan Yam. Ni yg last skali. Makan kuih Raya. Pastu sambung plak malamnyer g rumah Mak lang zizah. Pastu g Rumah Kak Lin tp takdo orang. then balik tido... zzzzzzzzzzz

Tuesday, September 14, 2010

Raya Hari ke-5

Hari Raya ke-5 plak... bergerak 3 buah kereta. Keluarga yang terlibat ialah Keluarga induk Milah, Keluarga B.yo n Keluarga Yusof. Seawal pukul 10.00 pagi keluarga daru kundur terus menuju ke Shah Alam. RUmah pertama adalah Datuk Ramli(adik beradik Arwah Atok). Dihidangkan Mee Kari ngan buah tembikai. seterusnye ke rumah Maksu Net di Seksyen 25. Disana dihidangkan Roti Jala dan mee goreng. Konyang porut den. Rumah ketiga ialah Rumah Mak mertua induk di Puchong. Di sana dihidangkan nasi putih+ayam gulai+udang sambal+salad. terangkat habis. dh tak larat nak g jalan raya. hanya 3 biji rumah jer yagn larat. lepas tu berpecah 2. keluarga b,yo n keluarga induk Milah balik ke Kundur. Keluarga Usop singgah senawang amik Kereta Triton coz pagi sok nak hantar kelapa kat rumah Mak Makteh.

Monday, September 13, 2010

Raya Hari ke-4






Raya hari keempat ni memang best ler... tahun ni memang jalan raya sakan.. tak ingat umah.. kelaur pagi balik mlm. hush ponek tp seronok.. yolah jalan rayo ramai2-ramai. Seawal kul 10.30 pagi kitorng bertolak dr kundur. sebanyak 4 kereta konvoi pegi beraya di sekitar seremban. Keluarga Toman yang terlibat ialah Keluarga B.long without Kak ani sobab dio kojo, keluarga induk milah, keluarga b.yo dan Keluarga Usop. Keluarga Usop ketinggalan 2 bijik rumah ialah Rumah Wan Kilir dan Makteh Umi kerana g servis kerete Triton. ok,, berbalik cito rayo ni.. rumah seterusnye ialah Rumah Mak Ngah Mek. Dihidangkan Mee goreng dan nasi impit. kemudian Rumah Pakteh Khalid. Dihidangkan Kuih Raya dan air kerana tak bgtau nak dtg. Takpolah sajo menziarah. Seterusnya rumah Pak Lang ipin. Dihidangkan dengan Mee Kari. penuh porut dh nie.. seterusnya Rumah Pak cu Karim. Dihidangkan dengan Mee tom Yam. ponuh2 porut pun totap makan jugak.Yolah sian tuan rumah dh hidangkan makanan... Rumah terakhir ialah Rumah Pak Tam Salim. Makan Nasi Ayam + Laksa. Den tak meraso sobab dh habih ahli kelab Toman yang lain makan. Makan tak ingat orang. lepas tu masing2 berpecah. Keluarga B.long balik ke rumah die di seremban. Keluarga B.yo dan keluarga Induk ke Rembau beraya lagi. Keluarga Usop balik kundur tp sempat gak g mah Mak lang zizah tp takdo orang. last2 kitorng balik ler... Sampai lak rumah tak lamo lopeh tu dtg org beraya kat rumah... sekian sahaja dilaporkan pada hari ke-4 raya.

Thursday, September 9, 2010

Menu di hari Pertama Syawal






Menu-Menu di pagi Syawal.

Keluarga Yusof di Senawang : Lepat pulut+kaya,nasi impit+kuah kacang+daging+ayam kampung masak kuah, nasi Ayam.

Keluarga Penasihat Kelab Toman : Nasi Minyak+ayam masak kurma_acar, lemang+rendang daging, nasi impit+kuah kacang

Keluarga Mad Nor : nasi beriani+ayam sambal, lemang+rendang daging,nasi impit+kuah kacang

Keluarga jihan di bontong : nasi dagang. lain2 tak tau menunyer

Keluarga bangah di Kodah : pun tak tau jugak......

Wednesday, September 8, 2010

Menjelang Syawal - Aidilfitri 2010

moderator dh start cuti hari selasa dh. Kemas rumah ler. mcm2 kojo kono buek. kebetullan plak penasihat Kelab Toman tak sihat coz gastrik menyerang. 2 hari ler tak bongka(selasa n Rabu). So sepanjang 2 hari tulah moderator ambik alih tugas penasihat. start dr selepas sahur sehingga lah sahur keesokannyer. Alhamdulillah hari Khamis penasihat kelab Toman dh sihat. semangat Rayo. yolah nak buek lomang ngan rondang. Hari Khamis tu yang ado balik kg ialah Keluarga B.long, Keluarga Acik. Keluarga B.yo balik bontong. Keluarga Bangah di Kodah tp Bangah berayo di Switzerland sorang diri. Hari Khamis dalm kul 11 tu , moderator bersama keluarga beransur balik ke Senawang. Yolah.. berayo di sana. penat wo....
Sampai kat senawang terus ke Carrefour.. Beli barang skit apa yg patut. Then mlm tu ada org dtg takbir Rayo kek senawang. Dongar cito kek kundur ado org nk dtg takbir, tp tak jadi. Pagi rayo tu,siap2 kelengkapan buek kuah kacang ngan nasik ayam.

Monday, September 6, 2010

Happy Belated Birthday untuk WiraNS

Disebabkan moderator bz sesangat. Jadinyer tak sempat nak update lah blog nie. Apa pun pada 1/9/2010 hr tu WiraNS @ che Usop telah menyambut hari lahir yang ke-28. dh tua dah. Sambutan dibuat di SUria Station bersempene hari puasa, So belanja buko poso lah oleh bini eh. So, ingatlah plak 3/10/2010. jgn buat2 lupe lak... Best gak berbuko di Suria Station, Seremban 2. Macam2 ado... Lebih 50 jenis makanan.. yelah memadanlah dgn duit yg kito bayar. satu kepala dewasa RM29. budak Rm18. Disobabkan Aiman n Anas kocik laie, jadi diorng adalah free. Hanya bayar RM58 sahaja. Penasihat Kelab ngan Uwan Tak nak poie sobab susah nak terawih katanya. Tp mungkin jugaklah memberi peluang kepada kami sekeluarga sahaja untuk menyambut birthday party.

Wednesday, September 1, 2010

Merdeka + Birthday



Semlam adalah hari yang ponuh sejarah. Sambutan kemerdekaan ke-53. Syabas Malaysia. Dalam masa yang sama adalah cuti umum untuk seluruh Rakyat Malaysia. dalam masa yang sama jugak Mira n B.yo sambut hari lahir. Memang hari lahir diorng 31 Ogos. Selamat hari lahir diucapkan. Setau den dr Penasihat Kelab Toman, B,yo sambut birthday ngan kelab penyokong N9 Futbal di Suria Station. K.jan ngan anak beranak dio poie sekali lah. Apa acara kat sana Allahuaklam.